Sunday, 22 July 2018

PRODUK AKRINE

Memperkenalkan 2 produk terbaru Akrine, Sabun Rukyah Aromateraphy (SRA) dan Garam Bukit Rukyah (GBR).

SRA adalah cetusan dari seorang peserta kursus rawatan  berasal dari Afrika Selatan di mana beliau memaklomkan bahawa di Afrika mereka menggunakan sabun yang dirukyah sebagai kaedah mandian. Akrine mengeluarkan sabun buatan tangan (home made) dengan mencampurkan aromateraphy dengan 50% adalah pati limau purut, selebihnya lavenda dan ros.

SRA menjadi sabun alternatif dengan kebaikan bagi menghilangkan stress serta gangguan makhluk halus. Setelah beberapa RnD dijalankan, SRA pilihan untuk kegunaan sekeluarga. Harga jualan RM20.00 sebiji.

GBR adalah garam bukit yang diimport dari Himalaya. Garam bukit secara alami baik untuk:

1. Melancarkan peredaran darah seluruh badan.
2. Membantu membuang toksin dari badan dan dapat mengelakkan virus.
3. Melegakan kesakitan otot, lenguh-lenguh, sakit-sakit sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot kaki.
4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan.
5. Membantu merawat tumit kaki yang merekah. 

6. Mengurangkan pening, migrain, angin, lemak

7. Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki pecah, kaki berbau
8. Melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksid, lemak/kolestrol di samping mengaktifkan perjalanan darah.

9. Mengurangkan kesakitan dari sakit gout

Amalan mandi dengan air garam bukit adalah satu keperluan harian untuk merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.Berendam dengan air garam bukit tulen akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh.


GBR yang dirukyah adalah nilai tambah yang baik untuk mengatasi gangguan makhluk halus yang terlalu banyak di dalam tubuh sama ada jin saka mahupun sihir. Harga Jualan RM12.00 sebotol

Saturday, 31 March 2018

5 Minit Pemeriksaan Gangguan

Turut serta dalam program cakna rakyat di kg.  Kok keli,  Tumpat pada 31 Mac 2018. Sambutan yang amat baik dari masyarakat setempat.

Wednesday, 14 February 2018

Dilema seorang perawat perubatan Islam

Dilema Seorang Perawat Perubatan Islam.

Ramai orang yang salah faham, bila buat rawatan Islam yang melibatkan bayaran, mereka harap akan sembuh serta-merta. Kalau tak sembuh atau lambat sembuh, mereka akan tuduh perawat sebagai penjual atau penunggang agama, sedangkan kos yang terlibat sebenarnya adalah upah penat lelah, usaha, masa dan modal perjalanan perawat, bukannya jaminan kesembuhan dan bukan juga harga ayat2 quran yang digunakan semasa merawat atau ilmu kepakaran perawat kerana jika rawatan dibuat oleh doktor pakar di hospital sekalipun, tiada jaminan yg pesakit akan sembuh kerana kesembuhan bukanlah kuasa manusia. Hospital caj beribu malah berpuluh ribu orang anggap biasa, tapi bila rawatan Islam semua harap ianya percuma, atau seikhlas hati, kalau caj lebih RM100 pun org dah label macam2 kepada perawat.

Perkara beginilah yang menjadikan saya serba salah bila ada pesakit atau keluarga mereka yang menjemput saya ke tempat mereka untuk merawat. Saya tahu bukan semua orang bersikap seperti yang saya ceritakan di atas, tetapi saya tak tahu bagaimana untuk saya terangkan kepada mereka mengenai dilema yang saya hadapi. Saya tak mahu bila berlaku perkara seperti itu, keikhlasan saya membantu merawat pesakit akan hilang. Wang bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya perlukan wang. Cukuplah jika pesakit berusaha mengeluarkan kos modal semata2, dan saya pula akan berusaha setakat daya dan upaya yang Allah kurniakan kepada saya untuk membantu pesakit, selebihnya kita hanya boleh berdoa dan bertawakal. Perlu ada keseimbangan antara harapan pesakit dan penat lelah perawat, bukannya mengambil kesempatan antara satu sama lain.

Saturday, 20 January 2018

Produk Akrine

Beberapa produk keluaran Arine boleh di dapati di pusat rawatan Islam Akrine Solution di Wakaf Che Yeh Kota Bharu Kelantan...Antaranya ialah:
1. Gel mandian Bidara
2. Minyak Bidara
3.Pati Bidara
4.Titisan Bidara
5.Sabun Bidara
6.Aromaterapi Limau Purut
7.Garam Buluh
8.Garam Bukit
9.Pil penawar
10.Minyak Rambut Bidara
11.Krim Kunyit
12. Air mawar
13.Madu Lebah
14.Air Ruqyah

Wednesday, 8 March 2017

PETANDA SESEORANG MEMPUNYAI SAKA

Gangguan Saka : Petanda seseorang mempunyai saka

Saka dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh. Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.

Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya. Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.
Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.

Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.
Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi. Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.
Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau 'layak' mewarisinya.
Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak. Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.

Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT.
Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.
Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya. Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal. Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah .

Saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).
"Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.
"Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,"

Kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.
"Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.
Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru.

Kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.
Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.
Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka.
Terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.
Terdapat hadis daripada Abu Tha'labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah. "Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya"

Mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.
Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik.
Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya. Terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT. Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.

Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah.

Petanda seseorang mempunyai saka

Gejala waktu tidur
-Susah tidur malam.
-Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
-Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
-Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
-Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
-Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
-Ketawa, menangis dan menjerit
-jerit ketika tidur.
-Berdiri dan berjalan ketika tidur.
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
-Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
-Mimpi melihat budak kecil.
-Mimpi melihat salib atau gereja.
-merintih dan menangis ketika tidur.

Gejala waktu jaga
-Selalu pening kepala.
-Lalai mengingati Allah SWT
-Sering lesu dan malas.
-Rasa sakit di salah satu anggota badan.
-Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
-Lenguh sendi-sendi utama.
-Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
-Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
-Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
-Mudah marah dan panas baran.
-Emosional dan terlalu sensitif.
-Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
-Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.

Sunday, 26 February 2017

DEFINASI SIHIR

40 Tanda-tanda Anda Terkena Sihir Dan CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

DEFINISI SIHIR

Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.
Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.

Jenis-jenis sihir adalah :--

Sihir Rumahtangga/Perceraian-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir Penghalang Pernikahan.

Tanda-tanda Terkena Sihir

-Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
-Badan terasa berat dan malas.
-Sukar mendapat jodoh.
-Badan terasa bisa-bisa.
-Sakit ketika ziarah orang meninggal.
-Sukar tidur malam.
-Sakit pinggang tanpa sebab.
-Sakit dada bila waktu asar keatas.
-Mimpi melihat binatang seperti ular dan     sebagainya.
-Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
-Bermimpi di tempat tinggi.
-Bermimpi di tempat yang kotor.
-Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
-Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
-Bayi kerap menangis.
-Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
-Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
-Malas beribadat.
-Nyanyuk ketika usia lanjut.
-Panas baran.
-Sikap berubah secara mendadak.
-Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
-Suka melakukan tabiat buruk.
-Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
-Kerap keguguran.
-Gagal melakukan hubungan kelamin.
-Mengantuk bila dengar al-quran.
-Bermimpi seram yang menakutkan.
-Darah haid turun lebih 15 hari.
-Batuk yang berpanjangan.
-Selalu ditindih ketika tidur.
-Kuat berangan.
-Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
-Nafsu seksual yang melampau.
-Selalu melihat kelibat dirumah.
-Terasa diri selalu diperhatikan.
-Mandul.
-Kerap mendengar sesuatu bisikan.
-Melihat jin secara terus.
-Sakit mental atau gila.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.)    Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.)    Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.)    Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Insyaallah sembuh