Monday, 13 October 2014

Ketahui Saka dan tandanya.

Adakah nenek moyang anda pernah
mengamalkan saka? Mungkin ya, mungkin
tidak, tetapi tanda-tanda saka dalam badan
boleh dikenalpasti.
Jangan terkejut jika anda mungkin
mewarisinya.
Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada
tidak mengendahkannya.

Apakah itu saka?
Saka adalah kontrak mistik di antara nenek
moyang dengan jin untuk mendapatkan
kecantikan, perlindungan, kekuatan dan
pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu
dan pada masa-masa tertentu.
Ia boleh diwarisi dan dipindahkan kepada
keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan,
terutamanya kepada anak cucu yang masih
menyimpan barang-barang peninggalan si
mati.

Di antara tanda-tandanya adalah:
1. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang
tinggi.
2. Selalu bermimpi berada di awangan.
3. Sering dikejar binatang dan dipatuk ular.
Tanda-tanda berikut adalah petanda yang
sangat jelas seseorang itu mewarisi saka:
4. Kerap bermimpi menerima bungkusan dari
seseorang.
5. Mimpi menyusukan bayi (mendukung atau
melihat dikira petanda yang sama)
6. Ada lebam pada tubuh setelah bangun
dari tidur.
7. Rumah tangga sering bermasalah, sering
berbalah dalam perkara yang kecil, anak-
anak yang degil.
8. Berdebar-debar tanpa sebab.
9. Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku
lali walaupun perubatan moden tidak dapat
mengesahkan apa sakitnya.
Apa yang anda perlu buat?
Jika ada tanda-tanda saka dalam badan
anda ini, anda perlu segera berjumpa dengan
pengamal perubatan Islam yang bertauliah.
Selidik dahulu salasilah keturunan anda
terlebih dahulu.
Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri
kepada Allah dengan mencukupkan ibadat-
ibadat wajib, memperbanyakkan membaca
al-Quran dan amalan-amalan sunat.
Jangan putus asa sekiranya anda gagal
mengeluarkan saka dari hidup anda.
Amalkan ayat ke-82 Surah al-Isra’ dan ayat
ke-57 Surah Hud (Inna rabbi ‘ala kulli syai in
hafeez).
Teruskan berusaha dengan mencari penawar
dan bertawakkal kepada Allah. Insya-Allah.

Fadilah 'Bismillah'

Membaca Bismillah setiapkali melalkukan
sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya
memberikan kebaikan yang sangat banyak.
Allah sendiri memerintahkan malaikat
mencatat umat manusia yang membaca
Bismillah.
* Allah memerintah malakat mencatat amal
manusia yang membaca Bismillah...sebanyak
400 kebaikan.
* Membaca 21 kali ketika hendak tidur, akan
aman daripada syaitan, kecurian, maut
mendadak dan bala.
* Membaca ketika hendak berjimak, akan
melahirkan anak yang cerdas,terbuka
hatinya, serta menjadi anak yang solih dan
baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas
anaknya itu.
* Membaca 41 kali ke telinga orang pengsan,
boleh memulihkan nya segera.
* Membaca 313 kali dan selawat atas Nabi
100 kali pada hari Ahad pada saat matahari
terbit dengan menghadap kiblat, akan
mendapat rezeki tidak terduga.
* Membaca 786 kali kemudian tiupkan pada
air lalu diminumkan kepada orang bebal
selama tujuh hari pada saat matahari terbit,
akan lenyaplah kebebalannya. Perkara yang
sama juga boleh dilakukan kepada adik
beradik, suami, isteri atau sesiapa saja yang
di maksudkan.
* Membaca 50 kali di hadapan orang zalim,
akan tunduk atau takutlah orang zalim itu.
* Membaca 786 kali di hadapan dagangan lalu
dihembuskan selama tujuh hari, inshaaAllah
maju dagangannya(perniagaannya)
Nota : Segala khasiat yang di perturunkan
oleh fadilat di atas tidak akan berlaku tanpa
izin Allah s.w.t. Oleh itu carilah keredhaan
Allah dengan melaksanakan segala perintah-
Nya serta menjauhi segala larangan-Nya di
samping berikthtiar dengan sesunguh hati.

kaedah Merawat Sihir

Kaedah Merawat SIHIR...
Sihir merupakan salah satu daripada jenis
penyakit yang memerlukan khidmat
rawatan. Penggunaan ayat-ayat al-Quran dan
doa-doa tertentu  boleh membantu bagi
merawat pesakit yang disihir. Aspek yang
sering mendapat perhatian dan kritikan
adalah terhadap kaedah dan teknik rawatan
yang dijalankan di pusat-pusat rawatan
Islam. Antaranya kaedah scanning, kaedah
rawatan jarak jauh, kaedah jampi, kaedah
pukulan, kaedah minum dan mandi air jampi
dan sebagainya lagi. Boleh dikatakan bahawa,
kaedah-kaedah rawatan tersebut dijalankan
bagi mengubati pesakit yang mendakwa
dirinya disihir. Persoalan di sini
adalah berhubung dengan ketepatan kaedah
dan teknik tersebut menurut amalan Nabi
SAW ataupun tidak. Ini kerana kemungkinan
kaedah dan teknik tersebut menyerupakan
amalan perdukunan (perbomohan) atau
kaedah yang menyalahi tuntutan syariat itu
sendiri
Tujuh (7) pendekatan dan kaedah rawatan
Pertama: Kaedah Mengenalpasti Tempat
Barang Sihir Disembunyikan
Kedua: Kaedah Mengeluarkan Bahan Sihir dan
Membatalkannya
Ketiga: Kaedah Menanam dan Memusnahkan
Bahan Sihir
Keempat: Kaedah  Ruqyah Ke  Atas Mangsa
Sihir (Termasuk Melakukan al-Nushrah
Yang Dibenarkan)
Kelima: Kaedah Memberi Minum Air Ruqyah
Keenam: Kaedah Mandi
Ketujuh: Kaedah Tepukan (Menepuk-Nepuk
Tubuh Pesakit Menggunakan Tapak Tangan)
Dah jelas menunjukkan bahawa Nabi SAW
telah menerangkan secara terperinci
berhubung dengan kaedah dan pendekatan
yang terbaik bagi merawat masalah sihir. Hal
ini menunjukkan bahawa berhubung dengan
rawatan sihir setiap individu khususnya
dalam kalangan perawat perlu jelas bahawa
Nabi SAW pernah melakukan rawatan
terhadap sihir yang dihadapi oleh baginda.
Dari itu sepatutnya segala pendekatan dan
kaedah yang dilakukan oleh Nabi SAW
menjadi panduan dan  rujukan utama dalam
rawatan sihir dan meninggalkan daripada
menggunakan kaedah dan pendekatan yang
tidak jelas kesahihannya atau kaedah yang
masih diragui serta menyerupai amalan para
bomoh dalam rawatan yang dijalankan.

Saturday, 11 October 2014

PERBEZAAN ANTARA JIN,SYAITAN DAN IBLIS

Perbezaan Antara Jin,Syaitan Dan Iblis

DEFINISI
Makna Jin:

Jin adalah satu nama jenis dan dalam
bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya "
Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang
tertutup atau yang gelap pekat.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang
menceritakan tentang Jin.

Antaranya :-
Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :Yang bermaksud : Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari
tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur
hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin
sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat
panas.
Surah Ar-Rahman ayat 15 :Yang bermaksud : Dia
( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api
( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij )
Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : " Engkau
ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan
dia ( Adam ) dari tanah.
Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh
Muslim r.a: Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari
cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam
diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada
kamu ( tanah).
Jin , iblis dan syaitan adalah antara makhluk ciptaan
Allah selain malaikat dan manusia. Menurut Al-Quran,
jin dicipta sebelum manusia (15, Al Hijr:26-27)
26. dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia (Adam) dari tanah liat Yang kering, Yang
berasal dari tanah kental Yang berubah warna dan
baunya.
27. dan jin pula, Kami jadikan Dia sebelum itu, dari
angin api Yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.

SYAITAN
Dari segi definisi syaitan yang boleh diguna pakai dan
disepakati ulama ialah:
“Semua yang membangkang (ingkar) baik jin, manusia
mahu pun binatang/kuman dinamakan syaitan”. Dari
definisi ini dapatlah dikatakan bahawa pelaku sesuatu
yang buruk atau sesuatu yang tercela dari sisi Islam
adalah syaitan sama ada manusia atau jin (atau juga
binatang / kuman).

JIN
Nama jin diambil sempena asal kejadiannya yang
tersembunyi daripada mata manusia, iaitu asal dari
kata kerja “janna” yang bermaksud tertutup,
terselindung dan tersembunyi.
Jin tergolong dalam dua golongan , iaitu jin beriman
dan jin kafir berdasarkan Al-Quran Surah Al-Jin
(Q72:1-4; 14-15)
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Telah diwahyukan
kepadaku, Bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin
telah mendengar (Al-Quran Yang Aku bacakan), lalu
mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya
dengan) berkata: `Sesungguhnya Kami telah mendengar
Al-Quran (sebuah Kitab Suci) Yang susunannya dan
kandungannya sungguh menakjubkan!
2. `Kitab Yang memberi panduan ke jalan Yang betul,
lalu Kami beriman kepadaNya, dan Kami tidak sekali-
kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk Dengan
Tuhan kami.
3. `Dan (ketahuilah Wahai kaum kami!) Bahawa
sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan
Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.
4. `Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) Bahawa
sesungguhnya: (ketua) Yang kurang akal
pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan
terhadap Allah kata-kata Yang melampaui kebenaran;
14. `Dan Bahawa Sesungguhnya (dengan datangnya Al-
Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan Yang
berugama Islam, dan ada pula golongan Yang (kufur
derhaka dengan) menyeleweng dari jalan Yang benar;
maka sesiapa Yang menurut Islam (dengan beriman
dan taat), maka merekalah golongan Yang bersungguh-
sungguh mencari dan menurut jalan Yang benar,
15. ` adapun orang-orang Yang menyeleweng dari jalan
Yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi
neraka jahannam. '
Termasuk dalam golongan jin kafir ialah nama-nama
seperti Ifrit, Iblis dan Qarin.
Jin adalah makhluk halus yang diciptakan Allah dari
api. Jin yang membangkang dan ingkar serta mengajak
kepada kederhakaan kepada Allah adalah satu jenis
syaitan. Manusia yang derhaka dan mengajak kepada
kederhakaan juga adalah syaitan. Jadi syaitan tidaklah
semestinya hanya diwakili oleh golongan jin tetapi ia
juga diwakili oleh manusia. Sebagai latihan, adakah
Firaun dan George Bush boleh dipanggil syaitan??
Syaitan dengan penjelasan ini boleh terdiri dari jin atau
manusia. Kedua-dua golongan ini mempunyai sifat
yang berbeza tetapi tugas yang sama iaitu
menyebarkan keingkaran dan kederhakaan serta
kerosakan di muka bumi. Apa yang dinyatakan ini amat
selari dengan firman Allah dalam Al-Quran surah Al
An’aam:112 dan An Naas:1-6
112. dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi
itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin,
setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang
lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya
untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu
menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya.
oleh itu, biarkanlah mereka dan apa Yang mereka ada-
adakan (dari perbuatan Yang kufur dan dusta) itu.
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung
kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
2. "Yang Menguasai sekalian manusia,
3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian
manusia,
4. "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul
tenggelam, -
5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke
Dalam hati manusia, -
6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin
dan manusia".
Justeru, manusia sewajarnya tidak berkawan dan
berurusan dengan jin. Ini kerana mereka sentiasa
sedaya upaya terhadap manusia agar melakukan dosa
besar sehingga syirik kepada Allah.
Golongan jin itu akan menimbulkan masalah. Berikut
adalah penjelasan Allah dalam Al Quran berkaitan
meminta bantuan kepada jin::
"Tetapi ada lelaki-lelaki tertentu daripada manusia yang
meminta perlindungan kepada lelaki-lelaki tertentu
daripada jin, dan mereka (jin ini) menambahkan mereka
dalam kekejian," (72:6)

IBLIS
Iblis berasal daripada golongan jin seperti disebut Allah
dalam Al-Quran Al Kahfi (18:50).
50. dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman
kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu
mereka sujud melainkan Iblis ; ia adalah berasal dari
golongan jin , lalu ia menderhaka terhadap perintah
Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan
Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib
Yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang
mereka itu ialah musuh bagi kamu. amatlah buruknya
bagi orang-orang Yang zalim: pengganti Yang mereka
pilih itu.
Sememangnya manusia tidak mampu menguasai
golongan jin. Bagi Nabi Sulaiman (AS), baginda dapat
menguasai jin kerana diberi anugerah berbuat demikian
dan ia adalah antara syariat dan mukjizatnya, Al-Quran
An-Naml (Q27:17)
17. dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala
tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu
mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan
masing-masing.
Dalam Al Quran perkataan Iblis hanya ditemui dalam
bentuk tunggal (singular) yang membawa maksud satu
iblis. Syaitan pula dalam Al Quran terdapat dalam
bentuk tunggal iaitu syaitan dan bentuk jamak (plural)
iaitu syayaathiin. Dengan ini bolehlah dijelaskan
bahawa iblis adalah dari golongan jin yang asalnya
satu (tunggal) yang menjadi asal usul keturunan bagi
semua anak cucu syaitan dari golongan jin sehingga
masa kini. Lihat Al Quran Al A’raaf:14
14. Iblis berkata: berilah tempoh kepadaKu hingga hari
mereka dibangkitkan (hari kiamat)".
15. Allah berfirman: "Sesungguhnya Engkau dari
golongan Yang diberi tempoh (ke suatu masa Yang
tertentu)".
16. Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan)
menyebabkan daku tersesat (maka) Demi
Sesungguhnya Aku akan mengambil tempat
menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang
lurus;
17. "Kemudian Aku datangi mereka, dari hadapan
mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan
mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan
dapati kebanyakan mereka bersyukur".
18. Allah berfirman: "Keluarlah Engkau dari syurga
sebagai makhluk Yang terhina serta terusir.
Sesungguhnya sesiapa di antara mereka Yang
menurutmu, tetaplah Aku akan memenuhi neraka
jahanam Dengan (golongan) kamu (yang derhaka)
semuanya;
Dari keterangan Al Quran Al A’raaf:14-18 di atas, dapat
ditafsirkan bahawa Allah telah memberi izin kepada
iblis untuk panjang umurnya (hingga beribu tahun ?)
untuk memainkan peranannya iaitu tidak lain dan tidak
bukan untuk menyesatkan manusia dan jin lainnya.
Nabi SAW bersabda: “sesungguhnya syaitan (dari
golongan jin) itu berjalan dalam diri manusia mengikuti
perjalanan darah, maka dari itu aku khuatir bahawa
syaitan akan melemparkan sesuatu kejahatan dalam
hati kamu. (HR. Bukahri Muslim”).
Syaitan jin termasuk makhluk ghaib / halus yang dapat
menyelinap ke segala tempat dalam keadaan
bagaimanapun. Dia dapat masuk ke dalam tubuh
manusia mengikuti aliran darah sehingga ia dapat
berleluasa menggoda dan menyebarkan kerosakan
kepada manusia sebagaimana isyarat hadis di atas.
Dorongan kejahatan dalam diri kita boleh datang dari
nafsu dan juga dari dorongan syaitan atau iblis.
Sebenarnya adalah mudah untuk mengenali hasil
tugasan mereka melalui tusukan ke hati ini. Namun
yang lebih penting selepas ini adalah untuk
mengenalpasti syaitan di kalangan manusia yang terus
bertugas untuk menjerumuskan manusia ke neraka.
Seorang manusia sukar menjadi jahat apabila terdedah
kepada syaitan jin dan iblis semata-mata tetapi
seseorang manusia amat mudah terjerumus kepada
kejahatan hasil dari pengaruh syaitan manusia yang
menjadi sahabatnya.
Ingatlah bahawa setiap kali kita melakukan kejahatan
ingkar perintah Allah, Allah akan menghadiahkan
syaitan dari golongan jin bernama Qarin yang menjadi
satu lagi teman setia yang tidak lekang yang akan terus
menggoda dan menjerumuskan pelaku ke neraka
seperti ayat Al Quran Az Zukhruf 43:36
36. dan sesiapa Yang tidak mengindahkan pengajaran
(Al-Quran Yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha
Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang
menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah
Syaitan itu Temannya Yang tidak renggang
daripadanya.

RAWATAN TKR"TEKNIK KEMBARA DAN RAWAT"

Teknik "PKR"adalah teknik pengembaraan mata pesakit dgn mnundukkan jin bg merawat pesakit.
Pesakit akan mmejamkan mata/mnutup mata dgn kain serban.
Pesakit akan dibacakan ayat2 ruqyah.
Perawat akan mberi arahan kpd pesakit supaya berada dkws yg dsyaki sama ada pjb,rmh dsbg.
Jika tjumpa brg sihir akan diarahkan utk mengambilnya dan mbuang ke laut.
Rawatan ini bgantung kpd kesesuaian pesakit..adakalanya pesakit tdk nampak..
"TKR" bkn kembara roh.Pesakit mestilah berada dlm keadaan sedar dan dpt berdialog dgn perawat sehingga rawatan dpt djlnkan secara saling bhubung.

Friday, 10 October 2014

PUSAT RAWATAN ISLAM AKRINE

Pusat rawatan islam akrine solution bertempat di perkarangan pasar borong wakaf che yeh  kelantan.

Beroperasi pada:
Khamis; 8mlm-10mlm.
Jumaat; 5ptg-10mlm
Sabtu   ; 9pg-6ptg

Air penawar ruqyah

Untuk merawat pelbagai jenis penyakit ....dengan izin ALLAH

Air penawar ruqyah

AIR PENAWAR RUQYAH - AIR PENAWAR RUQYAH
Keluaran Akrine Solution
1) Rwtn sihir @ gngguan jin:-
- skurng2nya minum pg sblm sarapan n sblm tidur.
- untuk lbh brkesan minum 7 botol. Sebotol shri.
- untuk mndi. Cmpurkn scwn air pnwr k dlm air sebldi, msukkn sdikit grm n perah 3 biji limau nipis. Biarkn air kering d tubuh tanpa lap. Mndi lps asr. Seeloknya 3 ptng.

2) Bersihkn rmh dr jin
- msukkn air pnwr dlm botol spry. Cmpur sdikit garam n sembur dlm rumh. Trmasuklh bhgian syiling dlm rmh n dinding.

3) Kulit licin
Minum 7 botol sbgmna d ats.

4) Muka brjerwt/jragat
Minum n sapu air kemuka pd wkt pg n mlm. Minum lbh bnyk lbh bgus.
Tiada ksn smpingn @ mbuk dgn sbrng produk lain kcuali produk y dmsukkn tnga sihir.
Amlkn slalu, kulit akn jd lmbut n hlus. I. Allah.
Sblm minum bc bismillah, niat hjt kita n brserah diri pd Allah.