Monday, 26 December 2016

Kata-kata hikmah

"Lidah sangat kecil dan ringan tetapi dapat membawa kita ke ketinggian yang paling tertinggi dan dapat menempatkan kita di kedalaman yang paling terendah." (Abu Hamid al Ghazali)

Untuk sahabat2 ku
Semua.....

Saturday, 15 October 2016

Produk Gel Bidara dan Garam Buluh

Khas bagi mereka yang mempunyai masalah gangguan makhluk halus,  kedua dua produk ini mungkin boleh membantu anda. Gel mandian bidara di rumus khas dari daun bidara yang telah diruqyah amat sesuai digunakan sebagai bahan susulan selepas rawatan di mana mana pusat rawatan Islam khususnya Akrine....digunakan ketika mandi sebagai ganti kepada shower gel....khasiatnya dapat menghalau gangguan jin....dengan izin Allah..

Garam buluh pula, bukan sahaja dapat mengesan dengan cepat seseorang yang mengalami gangguan jin malah dapat juga merawat lain lain penyakit fizikal seperti tekanan darah tinggi, kencing manis...

Caranya adalah dengan mengambil satu sudu kecil(sudu aiskrim) dengan dibancuh dalam setengah gelas air...minum ketika malam sebelum tidur dan pagi sebelum sarapan......dengan izin Allah..

Wednesday, 12 October 2016

Pusat Rawatan Islam Akrine Solution

Masa rawatan
Hari Khamis : 8.30  - 10.00 malam
Hari Jumaat:  5.30 ptg hingga 10.00 malam
Hari Sabtu:      9.30 pagi hingga 3.00 ptg

PERAWAT
Ust. Syamsul - 013 9632636
Che Harun     -  016 9841256
Basri              -   019 9277348

Kaedah scan 5 minit....Akrine

Sesiapa saja yang ingin menguji samada dirinya mempunyai saka atau disihir...kaedah rawatan Akrine ada jawabannya... ia hanya mengambil masa lebih kurang lima minit... namun semuanya bergantung kepada izin Allah S.W.T.

Klinik Akrine Solution di Wakaf Che Yeh bukan sahaja menawarkan rawatan bagi mereka yang ada saka, sihir, gangguan makhluk halus, memagar rumah dan sebagainya tetapi juga menyediakan perkhidmatan  untuk mengesan samada seseorang itu terdapat simpton gangguan makhluk halus atau tidak .

Sesi rawatan hujung minggu di klinik Akrine Solution

Kursus Rawatan Islam Tahap 2 (KIRI 2)

Kursus rawatan Islam tahap 2 akan diadakan pada 25 & 26 Nov.2016, di pusat rawatan Islam Akrine  Solution Wakaf Che Yeh, Kota Bharu....hanya calon calon yang telah menduduki kursus tahap 1 sahaja layak untuk meneruskan tahap 2 ini...

Sunday, 6 March 2016

Ramai wanita yang mewarisi saka perbidanan..

Dalam rawatan saka dan sihir ,  banyak kes melibatkan kaum lelaki dan wanita yang mewarisi saka bidan dan juga perbomohan.Biasanya kes seumpama ini telah diwarisi turun temurun sejak dari nenek moyang lagi. Tidak hairan lah ada sesetengah daripada mereka yang terbabit, mempunyai kelebihan  dari segi kebolehan mengurut atau bidan dengan tidak payah belajar atau menuntut dari mana-mana orang. Sesetengah pula hanya belajar melalui mimpi. Kebanyakan kita menganggap itu sebagai kelebihan atau keistimewaan anugerah daripàda Allah S.W.T. sehingga beranggapan dia insan terpilih yang mendapat anugerah yang mana tidak diberikan kepada orang lain.

Sekadar perkongsian dan untuk renungan kita, samada kita sedar atau tidak , kebanyakan kes seumpama itu , apabila di "diagnos" melalui beberapa kaedah  dalam pengubatàn dàn rawatan Akrine, rupa-rupanya mereka yang berkeadaan sedemikian mewarisi saka dari datuk nenek moyang yang terdahulu.....