Saturday, 11 April 2015

SIHIR PEMISAH

Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Banyak juga masalah rumahtangga dalam masyarat Malaysia ini. Masalah rumahtangga ini masih menduduki carta no. 1 dan permasalahan tertinggi dalam kes-kes yang saya rawat. Ada yang berpunca dari diri pasangan suami isteri itu sendiri tanpa ada unsur-unsur sihir, ada diantaranya berpunca dari keluarga atau yang tidak mendapat restu ibubapa dan ada juga yang memang berpunca dari sihir.

Seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud :
“Katakanlah; Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk-makhluk yang ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya" (QS Al-Falaq: 1-5)

“Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah...” (QS Al-Baqarah: 102)

Disini saya senaraikan dan cuba memberikan sedikit penerangan serba ringkas berkaitannya, insyaAllah. Antara sihir-sihir rumahtangga ialah :

1. SIHIR PEMISAH (TAFRIQ)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami-isteri dengan menimbulkan rasa kebencian, kemarahan dan seumpamanya kepada salah seorang dari pasangan dan mungkin kepada kedua-duanya.

Sihir ini juga digunakan untuk menimbulkan rasa kebencian, kemarahan dan seumpamanya hingga menimbulkan perpecahan diantara anak dengan ibu/bapanya, rakan kongsi perniagaan, sabahat, majikan dan pekerja serta yang seumpamanya.

2. KAWALAN KASIH SAYANG (RIBTU MAWADDAH)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir menggunakan kaedah-kaedah simpulan seperti didalam surah Al-Falaq ayat 4-5 diatas. Ada diantaranya yang tidak boleh melihat pasangannya sewaktu bertemu atau rasa rimas, kepanasan, tidak selesa dan tidak tenteram ketika berada dekat dengan pasangannya atau merasa benci, miang pada badan dan sakit-sakit ketika melakukan seks tetapi merasa kasih, sayang dan rindu bila berjauhan atau tidak melihat pasangan.

Ada juga diantara yang terkena sihir ini, isterinya terkena gangguan yang dikenali sebagai Gangguan Asyik. Gangguan asyik ialah timbulnya perasaan asyik, cinta dan seronok jin kepada isteri tersebut. Kesannya jin tersebut akan menghalang dari terjadinya hubungan seks antara suami-isteri dengan cara mengikat atau mengawal si isteri yang lama-kelamaan akibat dari sekian lama tidak dapat menjalin hubungan seks maka suami menceraikan isterinya.

Ada juga kes-kes dimana si isteri mengalami pendarahan haid terlalu lama hingga menghalang terjadinya hubungan seks hingga menyebabkan suami hilang sabar dan menceraikan isteri.

3. SIMPULAN CINTA (RIBTU MAHAB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang dibuat oleh salah seorang pasang kepada pasangannya. Ada isteri yang mengenakan sihir ini kepada suaminya dan sebaliknya. Isteri menggenakan sihir jenis ini agar suami rasa tidak suka dan tiada nafsu kepada madunya atau perempuan lain.

Ada juga suami yang sering berpergian (outstation) dalam masa yang lama atas urusan kerja atau perniagaan mengenakan sihir ini kepada isteri kerana bimbang si isteri akan berlaku curang semasa ketiadaannya.

Bagi jangka masa panjang, sihir ini amatlah merbahaya dari segi kesihatan tubuh badan kerana ia boleh menyebabkan orang yang terkena sihir jenis ini kekal menjadi lemah, lesu dan sebagainya hingga tidak mampu lagi membuat hubungan kelamin, maka sebenarnya sihir ini juga merugikan pasangannya sendiri.

4. SIMPULAN ALAT KELAMIN (RIBTU QUDHAIB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang dikena pada alat kelamin suami seolah-olah mati pucuk hingga tidak mampu melakukan hubungan seks. Pada masa-masa lain alat kelamin suami ini berfungsi dan menegang seperti biasa. Sihir jenis ini hanya aktif sewaktu mahu melakukan hubungan seks sahaja.

5. SIMPULAN BELAKANG (RIBTU ZAHRI)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang digunakan untuk menimbulkan rasa kesakitan yang amat sangat dibahagian belakang badan terutama bahagian pinggang. Didapati kesakitan tersebut terjadi apabila pasangan suami isteri mahu melakukan hubungan seks.

6. SIMPULAN RAHIM (RIBTU RAHIM)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang menutup pintu faraj isteri sehingga menghalang melakukan hubungan seks. Pernah juga ada kes-kes dimana alat kelamin isteri seakan-akan hilang. Ini biasanya berlaku kepada pasangan yang mahu menikmati malam pertama.

7. SIMPULAN PERANAKAN (RIBTU ANJAB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang boleh menyebabkan isteri menjadi mandul dan merasa sakit dibahagian peranakan. Ada juga diantara wanita yang terkena sihir ini mengalami datang haid yang tidak teratur atau kerap dan agak lama dari yang sepatutnya.

8. SIMPULAN MANDUL (RIBATH THANJAB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah antara salah satu sihir pemisah. Sihir ini menggunakan jin bagi menghalang keluarnya sperma atau menghalang sperma dari memasuki rahim. Antara tujuan perkahwinan adalah mendapatkan zuriat, jika perahwinan yang sudah agak lama tetapi tidak melahirkan zuriat sebagai ikatan suami isteri maka akan timbullah pelbagai masalah yang memporak-perandakan sehingga berlakunya penceraian, dan tercapailah dan terlunaslah dendam orang yang menggunakan sihir ini kepada orang yang dituju.

9. SIMPULAN FIKIRAN (RIBTU FIKRAH)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang menyebabkan si pesakit hilang tumpuan fikiran, banyak berkhayal. Ada juga banyak kes dimana si pesakit seolah-olah mendengar bisikan yang mengatakan pasangannya telah berlaku curang hingga menyebabkan terjadinya pertengkaran akibat tuduhan tadi hingga berlakunya penceraian.

Terdapat juga kes dimana pesakit mendengar bisikan-bisikan menghasut yang menyuruhnya membunuh pasangan yang telah melakukan perbuatan curang. Si pesakit akan menghadapi kemurungan dan gangguan jiwa hingga berbagai-bagai masalah akan timbul apabila terkena sihir jenis ini.

Inilah serba sedikit dan secara ringkas yang dapat saya kongsikan. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan dan petunjuk kepada kita didalam mengharungi kehidupan didunia ini yang penuh dengan pancaroba dan ujian.

Sekiranya terdapatlah tanda-tanda seperti yang diceritakan serba ringkas diatas, maka berusahalah mengubatinya. Datangilah mana-mana pusat rawatan islam yang diyakini yang banyak terdapat sekarang ini. InsyaAllah! Saya berkeyakinan tinggi bahawa semua perawat dari pusat rawatan islam diseluruh Malaysia ini memang berkebolehan, ikhlas dan ingin membantu orang-orang yang mengalami masalah berkaitan .

Friday, 10 April 2015

SAKA

Apa itu SAKA???

Saka adalah jin pendamping yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung ialah melalui pengijazahan/penyerahan dari generasi terdahulu sama ada melalui ungkapan dan sebagainya. Secara tidak langsung jin ini akan memilih mana-mana ahli keluarga untuk didamping tanpa disedari. (sekiranya generasi terdahulu tidak sempat memberitahu ataupun menyerahkannya)

Ramai yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu penyakit mereka ada kaitan dengan saka atau diberitahu bahawa mereka ada SAKA. Ini kerana kita tidak ada pengetahuan tentang saka dan apabila kita faham bagaimana hubungan saka dalam kehidupan generasi terdahulu maka kita tidak boleh menafikan kewujudannya sehingga hari kiamat.

KENAPA SAKA DI AMBIL?

Ribuan tahun dahulu, ketika zaman pra-Islam, ketika itu tiada peralatan mesin, pengangkutan, telekomunikasi dan berkembangnya perebutan/persaingan untuk mendapat tempat tinggal dan makanan, sekiranya tidak ada saka mereka akan ditindas. Maka saka diambil untuk kebajikan diri dan keluarga sebagai contoh saka harimau dijadikan alat tunggangan/kenderaan untuk pergi ke sesuatu tempat yang jauh dalam sekelip mata, untuk menjaga kebun dan sebagainya. Saka hantu raya pula mampu membuat kerja-kerja berat seperti menebas kebun dalam satu malam meratakan tanah dan membajak bendang.

Saka biasanya diambil dan dikaitkan dengan orang Melayu kerana mereka menjadikan saka ini kawan tetapi bagi orang Cina dan India saka ini dijadikan Tuhan mereka. Kerana saka, orang Melayu amat terkenal dengan sikap hasad dengki dan iri hati. Sebelum saka ini diambil ia tinggal di hutan-hutan, gua, laut, gunung dan sebagainya.

Saka ini sememangnya golongan jin. Saka ini terbahagi kepada dua;

i) jin Islam – saka yang dimiliki oleh golongan hulubalang, para panglima perang dan pengamal perubatan.

ii) jin Kafir – saka yang dimiliki oleh tukang ubat atau bomoh yang merawat secara tidak Islam.

Jin ini diambil dengan amalam tertentu, pada waktu-waktu tertentu seperti bertapa pada hari-hari tertentu. Jin Islam lebih sukar diambil kerana memerlukan amalan zikir dan sebagainya diamalkan selama waktu tertentu ketika bertapa.Jin kafir lebih mudah kerana hanya perlu melakukan pemujaan dangan memberi persembahan berupa makanan seperti ayam panggang, bertih jagung,pulut kuning, telor rebus dan sebagainya.

Apabila jin ini secara rasminya diambil dengan akad sebagai kawan maka barulah timbul istilah SAKA. Dan dari detik itu wujudlah pertalian diantara saka dan penerima saka sehingga hari kiamat melalui akujanji kedua belah pihak.

Akujanji terbahagi kepada 2;

i) Penerima Saka
Wajib menyediakan jamuan pada waktu-waktu tertentu seperti setiap kali ada keramaian, kenduri, dapat anak dsb.

ii) Saka
Menjaga diri penerima saka dan keluarga, menjadi tunggangan,/pengangkutan, sebagai alat perhubungan/telekomunikasi, sebagai sumber kekuatan fizikal dan mental (kebal dan kuat)

Gangguan saka bermula apabila syarat/akujanji tersebut tidak dipenuhi dan kebiasaannya penerima saka yang tidak mengikut syarat/ mungkir janji. Ini kerana ilmu/pengetahuan tentang perjanjian tersebut tidak diperturunkan ke generasi seterusnya maka akan tercetusnya gangguan yang akan dihuraikan kemudian. Saka ini mengamuk kerana tidak diberikan jamuan.

Jamuan untuk saka berupa ayam panggang, pulut kuning, telor rebus bertih jagung, darah ayam hitam dan sebagainya.

3 sebab mengapa ANDA pilihan SAKA.

1- Kedudukkan dalam keluarga- kebiasaan saka akan mengikut anak sulong dalam keluarga tersebut.

2- Seseorang yang sering disakiti dan dizalami secara sihir
Saka akan hadir untuk memberikan pertolongan namun begitu apabila usahanya tidak mendapat habuan seperti jamuan yang dinyatakan di atas maka keadaan orang yang disihir akan menjadi lebih teruk.

3- Kesayangan keluarga.

(salah satu faktor,1 dan 2 atau kesemua faktor di atas)

GANGGUAN SAKA

Gangguan saka terbahagi kepada 6.

1- Gangguan fizikal
2- Gangguan Mental
3- Kekeluargaan
4- Zuriat
5- Rezeki
6- Keharmonian hidup

1-Gangguan fizikal terbahagi kepada 2:

a) Nampak-kesan lebam, bengkak, kudis, keracunan darah.
b) Tidak nampak- mengadu sakit di tempat tertentu, hati sentiasa berdebar-debar, gangguan haid. Ada pesakit yang tidak datang haid bertahun-tahun. Atau haid yang tidak normal.

Sakit yang apabila dirujuk ke hospital, buat ujian tetapi Doktor tidak dapat mengesahkan punca. Contoh sakit Tiroid, tetapi bila buat ujian darah hormon seimbang.

2- Gangguan Mental

a) Bagi lelaki –sikap panas baran yang melampau, bagi perempuan sikap cemburu yang keterlaluan.
b) Halusinasi-sampai peringkat bercakap sendirian.
c) Terdengar suara-suara halus

Jika tidak di rawat akan berakhir dengan sakit mental/gila

3- Gangguan Kekeluargaan

Keluarga pecah belah, sentiasa tidak bersependapat, bermusuhan, panas. Hubungan suami isteri sentiasa bergelora. Hal kecik jadi punca pergaduhan. Suami/isteri memandang pasangan tanpa rasa cinta.

Selalunya hubungan ibu dgn anak sulong sentiasa tidak kena..Ibu macam mencari kesalahan anak.

4- Gangguan Zuriat
a) Masalah Jodoh- Bagi lelaki/perempuan yang belum berumahtangga sukar mendapat jodoh-bujang terlajak. Kalau lelaki suka, perempuan yang tidak suka atau sebaliknya.
b) Sekiranya sudah berkahwin lambat dapat anak/ tidak dapat anak. Dapat anak cacat sama ada cacat fizikal/mental.

Gangguan sukar untuk hamil paling banyak terjadi kerana, saka ini telah memusnahkan sperma sebelum sempat disenyawakan. Adakalanya anak dalam kandungan gugur.

5- Gangguan Rezeki

Rezeki sempit, setiap apa yang diusahakan seolah tidak menjadi. Buat business tak untung, susah nak dapat kerja, peluang.

6- Gangguan keharmonian hidup.

Masalah pergaduhan, hati sentiasa berdebar-debar. Hubungan di antara sesama rakan/jiran tidak mesra dsb. Mempunyai sikap suka menyendiri dan tidak pandai bergaul. Sentiasa ada rasa tidak puas hati, iri dan dengki terhadap org lain.

APAKAH PENYELESAIAN MASALAH SAKA?

Masalah saka tiada ubat. Penyelesaiannya hanya ada 2:

1- Bela
Sekiranya dibela ia perlu diberi makan berupa persembahan sekiranya tidak ia akan menganggu.

2-Buang
Rawatan untuk buang saka akan diatur bagi yang memilih untuk lepaskan diri dari masalah ini.

Saka tidak disarankan dibela kerana menyalahi dari segi syariat. Perbuatan membela saka menyurus kepada syirik dan khurafat-(rujuk kitab dan ustaz). Ini kerana pergantungan kepada saka membuatkan kita merasa saka lebih berkuasa daripada Allah.

Bagaimana keadaan orang yang ada saka di sihir.

Jin yang dihantar oleh ahli sihir akan datang menggangu, dalam masa yang sama saka akan datang dengan dua tujuan:

1) melindung dan memberi pertolongan kepada penerima saka
- sekirannya mendapat habuan-makanan.
2) bersekongkol dan menyakiti secara zahir dan batin kepada penerima saka.
-tidak mendapat makanan.

Apabila pesakit mendapatkan rawatan memulihkan diri dari sihir, sihir sembuh namun begitu saka tidak akan pergi. Kerana perjanjian terdahulu membolehkan ia terus mengikut penerima saka sehingga hari kiamat kecuali pesakit mengambil keputusan untuk membuat rawatan membuang saka.
Sebab itu, ramai yang berhabis duit sehingga beribu ringgit untuk merawat penyakit tetapi sakitnya tidak juga sembuh. Akhirnya menyalahkan perawat itu menipu. Ilmu membuang saka adalah ilmu tertinggi di dalam perubatan. Tidak semua perawat mempunyai ilmu membuang saka. Tidak semua perawat telus dan jujur memberitahu keadaan anda yang sebenar.

Sekiranya pernah terjadi perjanjian antara jin dan keturunan kita yang terdahulu, maka keturunan seterusnya tidak akan terlepas dari SAKA. Walau sekuat mana penafian anda dengan mengatakan ayah saya seorang kuat agama, tuk saya ulama, saya seorang ustaz. Sekiranya ilmu agama kita kuat saka akan menjauh tidak menggangu tetapi bagaimana dengan anak cucu kita nanti. Sekiranya anda menafikan kewujudan saka, bermakna anda juga menafikan kewujudan alam jin.

Hampir 90% pesakit yang membuat rujukan ada melibatkan SAKA.
Ramai juga yg dah sedia tahu mereka ada saka, tapi masih ramai tidak tahu rupa2nya selama ini punca permasalahan adalah Saka.


Assalamualaikum.

AKRINE SOLUTION akan mengadakan KURSUS RAWATAN ISLAM TAHAP 1 pada 30-31 mei 2015,anjuran Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan 2015 bertempat di Pustaka Az-zahra(berdekatan Billion),Telipot,Kota Bharu,Kelantan.

Antara kandungan kursus:

perbezaan jin,syaitan dan iblis
Punca gangguan jin
Tanda2 gangguan
Simptom gangguan
Jenis2 jin
Jenis2 sihir
Kaedah membenteng diri
Teknik rawatan
Teknik dialog dengan jin

PENCERAMAH : Ustaz Abdul Majid Hassan(Pengasas AKRINE)

YURAN KURSUS ADALAH RM250 SAHAJA (TERMASUK MAKAN DAN NOTA KURSUS)

MASA : 8.30 PG-5PTG

TARIKH : 30&31 MEI 2015

BERMINAT,SILA HUBUNGI : Ust Basri(0199277348/0129672103), Che Harun(0169841256/0139808142) untuk pendaftaran

(Bayaran tempahan dan pendaftaran kursus RM150 diselesaikan SEBELUM ATAU PADA 20 Mei 2015)
No. Akaun : 03036020208419(BIMB)

Friday, 14 November 2014

Rawatan hujung minggu

Assalamualaikum
Seperti biasa rawatan hujung minggu yang diadakan di Pusat Rawatan Akrine Solution yang bertempat di belakang pasar Wakaf Che Yeh,Kota Bharu,Kelantan.
Pesakit datang atas pelbagai tujuan seperti sihir,saka dan lain-lain lagi.

Monday, 13 October 2014

Ketahui Saka dan tandanya.

Adakah nenek moyang anda pernah
mengamalkan saka? Mungkin ya, mungkin
tidak, tetapi tanda-tanda saka dalam badan
boleh dikenalpasti.
Jangan terkejut jika anda mungkin
mewarisinya.
Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada
tidak mengendahkannya.

Apakah itu saka?
Saka adalah kontrak mistik di antara nenek
moyang dengan jin untuk mendapatkan
kecantikan, perlindungan, kekuatan dan
pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu
dan pada masa-masa tertentu.
Ia boleh diwarisi dan dipindahkan kepada
keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan,
terutamanya kepada anak cucu yang masih
menyimpan barang-barang peninggalan si
mati.

Di antara tanda-tandanya adalah:
1. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang
tinggi.
2. Selalu bermimpi berada di awangan.
3. Sering dikejar binatang dan dipatuk ular.
Tanda-tanda berikut adalah petanda yang
sangat jelas seseorang itu mewarisi saka:
4. Kerap bermimpi menerima bungkusan dari
seseorang.
5. Mimpi menyusukan bayi (mendukung atau
melihat dikira petanda yang sama)
6. Ada lebam pada tubuh setelah bangun
dari tidur.
7. Rumah tangga sering bermasalah, sering
berbalah dalam perkara yang kecil, anak-
anak yang degil.
8. Berdebar-debar tanpa sebab.
9. Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku
lali walaupun perubatan moden tidak dapat
mengesahkan apa sakitnya.
Apa yang anda perlu buat?
Jika ada tanda-tanda saka dalam badan
anda ini, anda perlu segera berjumpa dengan
pengamal perubatan Islam yang bertauliah.
Selidik dahulu salasilah keturunan anda
terlebih dahulu.
Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri
kepada Allah dengan mencukupkan ibadat-
ibadat wajib, memperbanyakkan membaca
al-Quran dan amalan-amalan sunat.
Jangan putus asa sekiranya anda gagal
mengeluarkan saka dari hidup anda.
Amalkan ayat ke-82 Surah al-Isra’ dan ayat
ke-57 Surah Hud (Inna rabbi ‘ala kulli syai in
hafeez).
Teruskan berusaha dengan mencari penawar
dan bertawakkal kepada Allah. Insya-Allah.

Fadilah 'Bismillah'

Membaca Bismillah setiapkali melalkukan
sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya
memberikan kebaikan yang sangat banyak.
Allah sendiri memerintahkan malaikat
mencatat umat manusia yang membaca
Bismillah.
* Allah memerintah malakat mencatat amal
manusia yang membaca Bismillah...sebanyak
400 kebaikan.
* Membaca 21 kali ketika hendak tidur, akan
aman daripada syaitan, kecurian, maut
mendadak dan bala.
* Membaca ketika hendak berjimak, akan
melahirkan anak yang cerdas,terbuka
hatinya, serta menjadi anak yang solih dan
baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas
anaknya itu.
* Membaca 41 kali ke telinga orang pengsan,
boleh memulihkan nya segera.
* Membaca 313 kali dan selawat atas Nabi
100 kali pada hari Ahad pada saat matahari
terbit dengan menghadap kiblat, akan
mendapat rezeki tidak terduga.
* Membaca 786 kali kemudian tiupkan pada
air lalu diminumkan kepada orang bebal
selama tujuh hari pada saat matahari terbit,
akan lenyaplah kebebalannya. Perkara yang
sama juga boleh dilakukan kepada adik
beradik, suami, isteri atau sesiapa saja yang
di maksudkan.
* Membaca 50 kali di hadapan orang zalim,
akan tunduk atau takutlah orang zalim itu.
* Membaca 786 kali di hadapan dagangan lalu
dihembuskan selama tujuh hari, inshaaAllah
maju dagangannya(perniagaannya)
Nota : Segala khasiat yang di perturunkan
oleh fadilat di atas tidak akan berlaku tanpa
izin Allah s.w.t. Oleh itu carilah keredhaan
Allah dengan melaksanakan segala perintah-
Nya serta menjauhi segala larangan-Nya di
samping berikthtiar dengan sesunguh hati.

kaedah Merawat Sihir

Kaedah Merawat SIHIR...
Sihir merupakan salah satu daripada jenis
penyakit yang memerlukan khidmat
rawatan. Penggunaan ayat-ayat al-Quran dan
doa-doa tertentu  boleh membantu bagi
merawat pesakit yang disihir. Aspek yang
sering mendapat perhatian dan kritikan
adalah terhadap kaedah dan teknik rawatan
yang dijalankan di pusat-pusat rawatan
Islam. Antaranya kaedah scanning, kaedah
rawatan jarak jauh, kaedah jampi, kaedah
pukulan, kaedah minum dan mandi air jampi
dan sebagainya lagi. Boleh dikatakan bahawa,
kaedah-kaedah rawatan tersebut dijalankan
bagi mengubati pesakit yang mendakwa
dirinya disihir. Persoalan di sini
adalah berhubung dengan ketepatan kaedah
dan teknik tersebut menurut amalan Nabi
SAW ataupun tidak. Ini kerana kemungkinan
kaedah dan teknik tersebut menyerupakan
amalan perdukunan (perbomohan) atau
kaedah yang menyalahi tuntutan syariat itu
sendiri
Tujuh (7) pendekatan dan kaedah rawatan
Pertama: Kaedah Mengenalpasti Tempat
Barang Sihir Disembunyikan
Kedua: Kaedah Mengeluarkan Bahan Sihir dan
Membatalkannya
Ketiga: Kaedah Menanam dan Memusnahkan
Bahan Sihir
Keempat: Kaedah  Ruqyah Ke  Atas Mangsa
Sihir (Termasuk Melakukan al-Nushrah
Yang Dibenarkan)
Kelima: Kaedah Memberi Minum Air Ruqyah
Keenam: Kaedah Mandi
Ketujuh: Kaedah Tepukan (Menepuk-Nepuk
Tubuh Pesakit Menggunakan Tapak Tangan)
Dah jelas menunjukkan bahawa Nabi SAW
telah menerangkan secara terperinci
berhubung dengan kaedah dan pendekatan
yang terbaik bagi merawat masalah sihir. Hal
ini menunjukkan bahawa berhubung dengan
rawatan sihir setiap individu khususnya
dalam kalangan perawat perlu jelas bahawa
Nabi SAW pernah melakukan rawatan
terhadap sihir yang dihadapi oleh baginda.
Dari itu sepatutnya segala pendekatan dan
kaedah yang dilakukan oleh Nabi SAW
menjadi panduan dan  rujukan utama dalam
rawatan sihir dan meninggalkan daripada
menggunakan kaedah dan pendekatan yang
tidak jelas kesahihannya atau kaedah yang
masih diragui serta menyerupai amalan para
bomoh dalam rawatan yang dijalankan.