Wednesday 14 February 2018

Dilema seorang perawat perubatan Islam

Dilema Seorang Perawat Perubatan Islam.

Ramai orang yang salah faham, bila buat rawatan Islam yang melibatkan bayaran, mereka harap akan sembuh serta-merta. Kalau tak sembuh atau lambat sembuh, mereka akan tuduh perawat sebagai penjual atau penunggang agama, sedangkan kos yang terlibat sebenarnya adalah upah penat lelah, usaha, masa dan modal perjalanan perawat, bukannya jaminan kesembuhan dan bukan juga harga ayat2 quran yang digunakan semasa merawat atau ilmu kepakaran perawat kerana jika rawatan dibuat oleh doktor pakar di hospital sekalipun, tiada jaminan yg pesakit akan sembuh kerana kesembuhan bukanlah kuasa manusia. Hospital caj beribu malah berpuluh ribu orang anggap biasa, tapi bila rawatan Islam semua harap ianya percuma, atau seikhlas hati, kalau caj lebih RM100 pun org dah label macam2 kepada perawat.

Perkara beginilah yang menjadikan saya serba salah bila ada pesakit atau keluarga mereka yang menjemput saya ke tempat mereka untuk merawat. Saya tahu bukan semua orang bersikap seperti yang saya ceritakan di atas, tetapi saya tak tahu bagaimana untuk saya terangkan kepada mereka mengenai dilema yang saya hadapi. Saya tak mahu bila berlaku perkara seperti itu, keikhlasan saya membantu merawat pesakit akan hilang. Wang bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya perlukan wang. Cukuplah jika pesakit berusaha mengeluarkan kos modal semata2, dan saya pula akan berusaha setakat daya dan upaya yang Allah kurniakan kepada saya untuk membantu pesakit, selebihnya kita hanya boleh berdoa dan bertawakal. Perlu ada keseimbangan antara harapan pesakit dan penat lelah perawat, bukannya mengambil kesempatan antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment