KHASIAT DAUN BIDARA YANG ANDA BOLEH PEROLEHI
Pernahkah anda melihat daun ini? Baunya macam rumput basah.
Ia senang diperolehi di sekeliling kita. Kadang-kadang ada di tepi rumah, kadang-kadang ada di tepi jalan. Boleh jadi kita pernah menggunakannya.
Tapi, tahukah anda khasiat daun ini?
Khasiat daun bidara
Bidara adalah salah satu herba tradisional yang sudah digunakan sejak zaman berzaman. Ramai yang menggunakannya untuk mendapatkan khasiat daun bidara yang baik untuk kebersihan diri dan pengubatan.
Ia bertindak sebagai agen pembersih semulajadi seperti sabun yang boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kulit. Malah ia juga boleh merawat masalah jerawat.
Pada zaman Rasulullah S.A.W, bidara digunakan untuk membersihkan badan sama seperti kita menggunakan sabun, shampoo atau losyen. Daun bidara juga digunakan untuk memandikan jenazah.
Hanya tambahkan 1 cawan serbuk bidara ke dalam sebaldi air. Gaulkan sehingga sebati dan jiruskan pada jenazah semasa mandian pertama. Amalan ini sememangnya adalah sunnah Nabi sendiri.
Wanita yang mandi wajib setelah suci daripada haid juga disunatkan menggunakan daun bidara ketika mandi.
Rawat sihir dengan daun bidara.
Walaupun amalan merawat sihir menggunakan daun bidara bukan amalan Rasulullah S.A.W, tetapi ulama’ Salaf telah sepakat untuk membenarkan amalan ini sebagai kaedah penyembuhan yang tidak melanggar hukum syarak.
Kaedah yang diambil dari kitab Imam ibn Qayyim al Jauziyyah adalah seperti berikut:
Ambil 7 helai daun bidara, tambahkan ke dalam air minuman (air mineral atau yang seangkatan dengannya).
Baca ayat Kursi, Surah 3 Qul, beberapa potong ayat yang berkenaan dengan menghindari sihir seperti Surah al-A’raf, Surah Yunus dan Surah Taaha dan selawat ke atas Nabi.
Hembuskan ke dalam air yang diadun dengan daun bidara tadi.
Gunakan air tersebut sebagai minuman dan mandian. Insya-Allah.
Selain itu, kaedah menggunakan daun bidara juga baik untuk merawat lelaki yang tidak boleh berjimak dengan isteri kerana telah disihir. Cara-caranya ialah:
Ambil 7 helai daun bidara, tumbuk hingga halus, kemudian dicampurkan ke dalam bekas yang berisi air.
Baca surah-surah berikut dan hembuskan pada air; Ayat Kursi,Surah 3 Qul, beberapa potong ayat yang berkenaan dengan menghindari sihir seperti Surah al-A’raf, Surah Yunus dan Surah Taaha.
Kemudian minum air tersebut sebagai 3 kali dan lebihannya digunakan untuk mandi.
Insya-Allah, penyakit akan sembuh. Digalakkan mengulang amalan ini sebanyak 2 ke 3 kali sehingga penyakit benar-benar sembuh.
Anda boleh mencuba sendiri atau mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang bertauliah. Kita hanya berikhtiar dan hanya Allah sahaja yang menentukan-Nya.
Jazakallahu khairan.
No comments:
Post a Comment