Saturday, 24 May 2014

Friday, 16 May 2014

CUCI BUAH PINGGANG

Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja , sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk , amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

selamat mencuba!!

Madu lebah kelulut

Madu lebah kelulut yang dirukyah..penawar untuk pelbagai penyakit.
Rm20 sebotol.

Wednesday, 14 May 2014

KISAH NABI MUHAMMAD SAW KENA SIHIR

Abu Sa'id Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim
meriwayatkan kepada kami dari Ali bin
Muhammad al-Waraq, dari Ahmad bin
Muhammad bin Nashr, dari Yusuf bin Bilal,
dari Muhammad bin Marwan al-Kalbi, dari
Abu Shalih, dari Ibnu Abbas bahwa Aisyah
berkata:
“Rasulullah terkena sihir. Maka, baginda
jatuh sakit, sehingga kami
mengkhawatirkannya.
Ketika beliau berada antara tidur dan
terjaga.
Tiba-tiba turun dua malaikat: yang satu
berada di dekat kepala Rasulullah SAW dan
yang lain berada di dekat kaki baginda.
Malaikat yang berada dekat kepala berkata
kepada malaikat yang berada dekat kaki:
“Mengapa dia sakit?”
Malaikat bertanya demikian supaya Nabi SAW
memahami persoalannya.
Temannya menjawab: “Terkena sihir.”
“Siapa yang melakukannya?”
“Lubaid bin A'sham, orang YAHUDI.”
“Di mana dia melakukannya?”
“Di sumur Dzarwan.”
“Bagaimana mengobatinya?”
“Kirimlah orang ke sumur itu dan keringkan
airnya. Jika tampak sebuah batu besar,
singkirkanlah karena di bawahnya terdapat
tali busur yang berpintal sebelas dan
diletakkan di dalam kantong. Setelah itu
bakarlah ia. Insya Allah dia sembuh. Jika dia
menyuruh orang, hendaknya dia
mengeluarkan kantong itu.”
Ibnu Abbas melanjutkan,
“Nabi pun bangun dan baginda telah
memahami apa yang dikatakan kepadanya
oleh malaikat. Baginda menyuruh 'Ammar
bin Yasir dan sekelompok sahabatnya ke
sumur tersebut yang airnya telah berubah
seperti inai.
Kemudian sumur itu dikeringkan. Setelah
tampak batu besar, ia pun digulingkan, dan
tampaklah di bawahnya kantong yang
berisikan tali busur bersimpul sebelas.
Kemudian mereka membawanya kepada
Rasulullah.
Maka, turunlah surah al-Falaq dan surah an-
Naas.
Kedua surah ini berjumlah 11 ayat (5+6) dan
sama dengan banyaknya buhul yang
berjumlah 11 pula.
Setiap kali baginda membaca satu ayat,
lepaslah satu buhul. Setelah seluruh
buhulnya terbuka,
Rasulullah dapat bangkit dan seolah-olah
terlepas dari ikatan. Buhul itu pun dibakar.
Nabi menyuruh kita berlindung kepada Allah
melalui kedua surah tersebut.
Lubaid mengunjungi Rasulullah SAW.
Meskipun baginda menceritakan kejadian di
atas, pada wajah Lubaid tidak tampak
perubahan apa pun.”

(Apakah pndapat kamu tentang Yahudi
trsebut..?)
Sejak dahulu lagi bangsa Yahudi tidak pernah
mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-
kanak, remaja, lelaki, wanita walhal Nabi dan
Rasul.
Mereka akan membunuh siapa sahaja tanpa
perasaan belas kasihan dan simpati.
Contohnya Nabi Zakaria AS mereka belah
badannya dan Nabi Yahya AS telah dipenggal
kepalanya, dan mereka juga menyangka
bahawa mereka telah berjaya membunuh Nabi
Isa AS. Tetapi sebenarnya tidak.
Seorang wanita Yahudi juga pernah
mengkhianati Nabi SAW dengan
menghidangkan daging kambing beracun.
Betapa sungguh zalim dan keji sifat Bani Israel
ini.

Allah SWT telah berfirman yg bermaksud:
“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah
dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui
lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam.
Yang demikian itu disebabkan mereka
‘menderhaka’ dan ‘selalu menceroboh.”
(Surah al-Maidah: 78)

BISMILLAH 6

Tafsir Bismillah Enam :-

-Dengan nama Allah yang maha mendengar
lagi maha melihat tiada yang seumpama
dengannya dan maha mengetahui pada
setiap sesuatu,
-Dengan nama Allah yang berkuasa
menjadikan lagi maha mengetahui tiada yang
seumpama dengannya yang maha pembuka
lagi amat mengetahui,
-Dengan nama Allah yang tiada seumpama
dengannya yang maha mengetahui lagi
mengetahui perkara yang tersembunyi,
-Dengan nama Allah yang tiada seumpama
dengannya yang maha mengetahui lagi
berkuasa,
-Dengan nama Allah yang gagah perkasa lagi
pemurah tiada yang seumpama dengannya
yang maha gagah perkasa lagi maha
pemurah,
-Dengan nama Allah yang maha pengampun
lagi maha penyayang tiada yang seumpama
dengannya yang maha pengampun lagi maha
penyayang,Allah jualah sebaik-baik penjaga
dan dialah maha penyayang diantara para
penyayang.

Ayat bismillah enam(6) ini sangat banyak
faedahnya, jika diamalkan selalu akan

-berkhasiat untuk menjadi selusuh kepada
perempuan yang akan bersalin, menjadi
-penawar racun dan bisa-bisa badan, menjadi
-jampi untuk menghalau jin dan syaitan,
-terpelihara daripada segala merbahaya,
seteru dan musuh
-boleh dibaca ketika
berperang agar mendapat kemenangan dan
mengabulkan segala hajat serta Insya-Allah.

Sangat baik sekali sekiranya dapat diamalkan
ayat bismillah enam pada tiap-tiap selepas
solat fardhu kerana banyak sekali fadilat dan
khasiatnya.

# Makbul segala hajat dan cita-cita.
# Luas rezkinya.
# Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih
ia kepada kita.
# Menang dalam peperangan.
# Penerang hati.
# Diajuhkan dari segala penyakit.
# Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari
ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim
yang hendak membunuhnya.
# Aman daripada binatang buas.
# Air laut menjadi tawar.
# Terlepas daripada terkena bunuh juka
dibaca kepada tubuh badan.
# Jika ditulis dan dijadikan azimat atau
dibaca pada sawah aman daripada ancaman
babi, tikus atau burung.
# Terselamat daripada bahaya musuh dan
seteru.
# Terselamat dari karam dilaut.
# Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga
kali boleh memudahkan perempuan beranak
jika meminumnya.
# Orang yang pekak jika dibaca pada
telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
# Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis
apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah
lari iblisnya.
# Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk
bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan
ikan.
# Boleh tawarkan segala jenis racun dan
santau, seperti yang diperbuat daripada
miang rebung, ulat buku mati beragan,
hempedu katak dan sebagainya.
# Terkeluar daripada penjara apabila dibaca
bersungguh-sungguh.
# Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan
syaitan.

Doa ini juga boleh digunakan kepada
binatang yang termakan rumput yang
diracun atau yang dipatuk ular.

Kaedah
rawatannya adalah dengan memberi makan
rumput dan meminum air yang telah
dibacakan dengan bismillah 6.

AMALLAH BISMILLAH ENAM INI KERANA
IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN
AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI
MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU
TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI
RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG
OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM.
INSYAALLAH.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita
kerana perkara diatas; letakkan tangan
ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-
Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini.
Tiup tempat tersebut dah urut sedikit.
Boleh
juga dibacakan ayat ini pada air untuk
disapukan pada tempat yang sakit dan untuk
di minum. Angin akan keluar dari pesakit
dan diikuti oleh muntah, Insya-ALLAH.
Doa ini juga boleh digunakan kepada
binatang yang termakan rumput yang
diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah
rawatannya adalah dengan memberi makan
rumput dan meminum air yang telah
dibacakan dengan doa diatas.

Panah Makrifat Untuk Menundukkan
Musuh:-
1. Untuk menghadapi orang terutama sekali
orang berpangkat atau garang.
2. Duduk dirumah dahulu sebelum
melangkah keluar.
3. Hadirkan wajah orang yang akan dijumpai
dihadapan kita.
4. Baca Bismillah 6 (3x) dan hembuskan
kepada wajah orang yang kita hadirkan tadi.
5. Kemudian barulah melangkah keluar
rumah.
Peringatan - Beramallah untuk mendekatkan
diri kepada Allah. Apabila kita dekat dengan
Allah, Allah akan mempermudahkan segala
urusan kita. Fadilat Bismillah 6 yang
dinyatakan hanya sebagai contoh, tapi Allah
boleh memberikan kepada kita lebih
daripada itu apabila kita dekat denganNya.
Mungkin juga Allah tidak memberikan fadilat
tersebut kepada kita, tetapi Allah
menyediakan ganjaran yang besar di Akhirat.
Namun, perlu kita ingat ayat tidak memberi
kesan jika kita berharap padanya,
pergantungan kita hanya satu iaitu ALLAH
zat yang maha agung, ayat sebagai ikhtiar
kita dalam amalan. Istiqomah seribu
karomah.

KELEBIHAN BISMILLAH 5

Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah
seperti berikut:

1. Menghalau jin dan syaitan.
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh.
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar kepada penyakit bisa bisa tulang,
bisa bisa badan, bisa batu meroyan..
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam
badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa
binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit
yang tidak diketahui puncanya.

Cara Merawat:

Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik
nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini
sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di
tempat yangsakit itu. Selepas itu tiup pula ke
atas air.Kalau anggota yang sakit itu tidak
boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit
atau sukar, bolehlah letakkan tangan di
bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa
anggota tersebut adalah angota yang
sakit. insyaallah...