Tafsir Bismillah Enam :-
-Dengan nama Allah yang maha mendengar
lagi maha melihat tiada yang seumpama
dengannya dan maha mengetahui pada
setiap sesuatu,
-Dengan nama Allah yang berkuasa
menjadikan lagi maha mengetahui tiada yang
seumpama dengannya yang maha pembuka
lagi amat mengetahui,
-Dengan nama Allah yang tiada seumpama
dengannya yang maha mengetahui lagi
mengetahui perkara yang tersembunyi,
-Dengan nama Allah yang tiada seumpama
dengannya yang maha mengetahui lagi
berkuasa,
-Dengan nama Allah yang gagah perkasa lagi
pemurah tiada yang seumpama dengannya
yang maha gagah perkasa lagi maha
pemurah,
-Dengan nama Allah yang maha pengampun
lagi maha penyayang tiada yang seumpama
dengannya yang maha pengampun lagi maha
penyayang,Allah jualah sebaik-baik penjaga
dan dialah maha penyayang diantara para
penyayang.
Ayat bismillah enam(6) ini sangat banyak
faedahnya, jika diamalkan selalu akan
-berkhasiat untuk menjadi selusuh kepada
perempuan yang akan bersalin, menjadi
-penawar racun dan bisa-bisa badan, menjadi
-jampi untuk menghalau jin dan syaitan,
-terpelihara daripada segala merbahaya,
seteru dan musuh
-boleh dibaca ketika
berperang agar mendapat kemenangan dan
mengabulkan segala hajat serta Insya-Allah.
Sangat baik sekali sekiranya dapat diamalkan
ayat bismillah enam pada tiap-tiap selepas
solat fardhu kerana banyak sekali fadilat dan
khasiatnya.
# Makbul segala hajat dan cita-cita.
# Luas rezkinya.
# Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih
ia kepada kita.
# Menang dalam peperangan.
# Penerang hati.
# Diajuhkan dari segala penyakit.
# Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari
ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim
yang hendak membunuhnya.
# Aman daripada binatang buas.
# Air laut menjadi tawar.
# Terlepas daripada terkena bunuh juka
dibaca kepada tubuh badan.
# Jika ditulis dan dijadikan azimat atau
dibaca pada sawah aman daripada ancaman
babi, tikus atau burung.
# Terselamat daripada bahaya musuh dan
seteru.
# Terselamat dari karam dilaut.
# Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga
kali boleh memudahkan perempuan beranak
jika meminumnya.
# Orang yang pekak jika dibaca pada
telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
# Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis
apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah
lari iblisnya.
# Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk
bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan
ikan.
# Boleh tawarkan segala jenis racun dan
santau, seperti yang diperbuat daripada
miang rebung, ulat buku mati beragan,
hempedu katak dan sebagainya.
# Terkeluar daripada penjara apabila dibaca
bersungguh-sungguh.
# Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan
syaitan.
Doa ini juga boleh digunakan kepada
binatang yang termakan rumput yang
diracun atau yang dipatuk ular.
Kaedah
rawatannya adalah dengan memberi makan
rumput dan meminum air yang telah
dibacakan dengan bismillah 6.
AMALLAH BISMILLAH ENAM INI KERANA
IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN
AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI
MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU
TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI
RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG
OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM.
INSYAALLAH.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita
kerana perkara diatas; letakkan tangan
ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-
Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini.
Tiup tempat tersebut dah urut sedikit.
Boleh
juga dibacakan ayat ini pada air untuk
disapukan pada tempat yang sakit dan untuk
di minum. Angin akan keluar dari pesakit
dan diikuti oleh muntah, Insya-ALLAH.
Doa ini juga boleh digunakan kepada
binatang yang termakan rumput yang
diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah
rawatannya adalah dengan memberi makan
rumput dan meminum air yang telah
dibacakan dengan doa diatas.
Panah Makrifat Untuk Menundukkan
Musuh:-
1. Untuk menghadapi orang terutama sekali
orang berpangkat atau garang.
2. Duduk dirumah dahulu sebelum
melangkah keluar.
3. Hadirkan wajah orang yang akan dijumpai
dihadapan kita.
4. Baca Bismillah 6 (3x) dan hembuskan
kepada wajah orang yang kita hadirkan tadi.
5. Kemudian barulah melangkah keluar
rumah.
Peringatan - Beramallah untuk mendekatkan
diri kepada Allah. Apabila kita dekat dengan
Allah, Allah akan mempermudahkan segala
urusan kita. Fadilat Bismillah 6 yang
dinyatakan hanya sebagai contoh, tapi Allah
boleh memberikan kepada kita lebih
daripada itu apabila kita dekat denganNya.
Mungkin juga Allah tidak memberikan fadilat
tersebut kepada kita, tetapi Allah
menyediakan ganjaran yang besar di Akhirat.
Namun, perlu kita ingat ayat tidak memberi
kesan jika kita berharap padanya,
pergantungan kita hanya satu iaitu ALLAH
zat yang maha agung, ayat sebagai ikhtiar
kita dalam amalan. Istiqomah seribu
karomah.
No comments:
Post a Comment