Sunday, 11 May 2014

BEKAM

Pusat Rawatan kami menyediakan Rawatan:
                Terapi Bekam

Sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Kesembuhan
itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu,
sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api
panas (kay). Sesungguhnya aku melarang
ummatku berubat dengan kay”

Hadis Sahih Al-
Bukhari
Perkataan “Al Hijamah” berasal dari istilah
Bahasa Arab yang bermaksud “pelepasan
darah kotor” dan bukan “Al
Fashd” (pembuang darah). Dalam bahasa

Inggris disebut dengan “Cupping”. Dalam

Bahasa melayu dikenal dengan istilah
“Bekam”.

Bekam merupakan salah satu kaedah
rawatan dan rawatan ini merupakan sunnah
Rasulullah s.a.w yang telah lama
dipraktikkan oleh manusia sejak zaman
dahulu kala, kini kaedah rawatan ini
diperbaharui dan mengikuti kaedah ilmiah,
dengan menggunakan suatu alat lebih
efektik, tanpa sebarang mudharat, insya
Allah.
Kulit merupakan organ yang terbesar yang
meliputi jasad manusia dan sebab itu banyak
toksin atau racun terkumpul di bawah
lapisan kulit. Dengan berbekam dapat
membersihkan darah yang mengalir dalam
tubuh manusia. Inilah salah satu proses
pengeluaran toksin yang berkesan dan
mujarab serta tiada kesan sampingan, insya
Allah. Berbekam sangat berkesan untuk
melegakan atau menghapuskan penyakit,
memulihkan fungsi tubuh badan serta
memberi seribu harapan pada pesakit untuk
terus berikhtiar mendapat kesembuhan.
Sesungguhnya semua kaedah yang dilakukan
ini merupakan ikhtiar kita kepada Allah,
Allah saja yang berupaya menyembuhkan
penyakit.

No comments:

Post a Comment